LifeCare

[xoo_el_action type="login" display="button" text="LOGIN" change_to="logout" redirect_to="/my-account"]

LifeCare Group of Companies

PRIVACY POLICY

MUSTAHAK

Polisi Privasi ini disediakan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi yang semasa, Peraturan-peraturan Perlindungan Data Am dan undang-undang lain yang berkuatkuasa. Terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini akan dirujuk sebagai “Polisi” serta akan merupakan satu perjanjian undang-undang antara pihak-pihak, iaitu pelanggan / pengguna (“Pelanggan”) serta Kumpulan Syarikat LifeCare yang termasuk Life Care Diagnostic Medical Centre Sdn. Bhd., E-Lifecare Sdn. Bhd., LC Cowork Space Sdn. Bhd., LLG Care Sdn. Bhd., Life Care International Medical Group, Biolife Lab Sdn. Bhd., Life Care Surgical Services Sdn. Bhd., Life Care Brunsfield Biomed Sdn. Bhd., Ong Care Scan Sdn. Bhd., Caring Dialysis (Cheras) Sdn. Bhd., Life Care Gastro Centre Sdn. Bhd., Life Care Property (PJ) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan dengan LifeCare di sini yang akan dirujuk secara kolektif sebagai “Syarikat”. 

Syarikat berhak untuk mengubahsuai, mengubah dan menukar Polisi-polisi pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai tanpa mendapatkan persetujuan Pelanggan terlebih dahulu. Pengubahsuaian, variasi dan/atau perubahan seterusnya kepada Polisi sedemikian akan berkesan dan akan terpakai kepada semua Pelanggan. Pelanggan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawabnya untuk mengkaji Polisi-polisi tersebut dari semasa ke semasa selepas apa-apa perubahan sedemikian, dan sama ada dikaji semula oleh Pelanggan atau tidak, ia akan membentuk persetujuan dan penerimaan daripada Pelanggan atas perubahan tersebut. Jika Pelanggan memberikan Syarikat atas data peribadi individu-individu lain, Pelanggan akan dianggap telah mendapat kebenaran daripada individu tersebut sebelum memberikan data peribadi mereka kepada Syarikat. Rujukan-rujukan kepada ‘Data Peribadi’ dalam Polisi ini akan merangkumi data-data peribadi individu tersebut.

  1. Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat, sama ada direkodkan dalam bentuk material atau tidak, yang mana identiti seseorang individu jelas atau boleh secara munasabah dan secara langsung ditentukan oleh entiti yang memegang maklumat tersebut, atau apabila disatukan dengan maklumat-maklumat lain akan secara langsung dan sudah pasti mengenali individu tersebut.
  2. Pengumpulan data tidak terhad kepada laman web Syarikat, iaitu lifecare.com.my (“Laman Web”), ia termasuk pengumpulan data melalui sistem dalaman Syarikat seperti sistem pendaftaran Pelanggan, sistem temu janji dan/atau saluran komunikasi rasmi luaran lain seperti, pasaran (“marketplace”), aplikasi telefon dan lain-lain.
  3. Tujuan pengumpulan dan pemprosesan data tidak terhad kepada penyediaan produk atau perkhidmatan yang dipohon, ia juga termasuk aktiviti-aktiviti pemasaran Syarikat dan aktiviti-aktiviti lain yang dinyatakan dalam klausa no. 8.
  4. Syarikat akan mengumpul data peribadi berikut daripada Pelanggan:
    • maklumat pengenalan dan demografi;
    • data perhubungan, seperti alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel, dan nombor-nombor telefon;
    • data akaun, seperti akaun bank dan butiran pembayaran;
    • maklumat kesihatan, seperti rekod-rekod dan permintaan-permintaan perubatan;
    • data transaksi, seperti butiran mengenai pembayaran kepada dan dari Pelanggan, dan butiran produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang telah dibeli oleh Pelanggan;
    • data profil, seperti nama pengguna dan kata laluan, pembelian atau pesanan yang dibuat, minat-minat Pelanggan, keutamaan-keutamaan, maklum balas dan respons tinjauan;
    • data penggunaan, seperti maklumat mengenai bagaimana Pelanggan menggunakan Laman Web; dan
    • data pemasaran dan komunikasi, seperti keutamaan Pelanggan dalam menerima pemasaran daripada Syarikat dan pihak-pihak ketiganya.
  5. Syarikat boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan dari sejarah Pelanggan melayari Laman Web seperti halaman yang telah dilawati oleh Pelanggan dan/atau tawaran-tawaran yang Pelanggan telah dikunjung untuk memilih tawaran-tawaran istimewa yang berkaitan dengan Pelanggan.
  6. Syarikat akan mengumpul data dari peranti yang mengakses atau yang cuba mengakses Laman Web. Data peranti ini digunakan bersama-sama dengan rakan kongsi keselamatan pihak ketiga untuk mengenal pasti dan mencegah aktiviti penipuan dan tidak termasuk maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.
  7. Pelanggan bersetuju dan juga memberi kuasa kepada Syarikat dan mengetepikan semua tuntutan terhadap Syarikat jika Syarikat berkongsi maklumat tersebut dengan agensi-agensi perkhidmatan dan pembekal-pembekal, vendor-vendor yang dilantik atau pihak ketiga yang lain. Di samping itu, Syarikat boleh menggunakan maklumat tersebut untuk sebab-sebab berikut:
    • untuk tujuan pentadbiran termasuk memproses dan melengkapkan transaksi Pelanggan dengan Syarikat;
    • keadaan mungkin timbul di mana, sama ada atas sebab-sebab strategik atau perniagaan lain, Syarikat memutuskan untuk menjual, membeli, menggabungkan atau menyusun semula perniagaannya. Urus niaga tersebut mungkin melibatkan pendedahan maklumat Pelanggan kepada bakal pembeli atau pembeli sebenar, atau penerimaannya daripada penjual.
  8. Syarikat juga boleh menggunakan maklumat untuk aktiviti pemasaran, yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, seperti, yang berikut:
    • Syarikat boleh menggunakan maklumat hubungan Pelanggan untuk menghantar berita-berita kepada Pelanggan mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatannya;
    • apabila Syarikat percaya bahawa tawaran tertentu mungkin menarik minat Pelanggan, Syarikat boleh berhubung dengan Pelanggan melalui telefon yang diberikan pada masa pendaftaran.
  9. Syarikat hanya akan menyimpan data peribadi Pelanggan selagi ia dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan-tujuan yang relevan semasa ia dikumpulkan.
  10. Pelanggan boleh menolak untuk berkongsi maklumat peribadinya dengan Syarikat namun ini juga boleh menjejaskan aksesnya kepada beberapa atau semua ciri Laman Web atau perkhidmatan Syarikat yang disediakan.
  1. Syarikat akan berkongsi data peribadi Pelanggan dengan agensi-agensi perkhidmatan dan pembekal-pembekal, vendor-vendor yang dilantik atau pihak ketiga lain hanya dengan cara-cara yang diterangkan dalam Polisi ini.
  2. Syarikat boleh menggunakan kontraktor-kontraktor atau vendor-vendor pihak ketiga untuk membantu Syarikat menyediakan beberapa perkhidmatannya. Jika Syarikat perlu mendedahkan data peribadi untuk mereka menyediakan perkhidmatan, ia adalah dengan keperluan bahawa maklumat itu akan diperibadikan dan digunakan hanya untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.
  3. Di samping itu, ahli-ahli gabungan Syarikat, syarikat-syarikat berkaitan, penyedia-penyedia perkhidmatan, dan entiti lain boleh mengumpul data peribadi Pelanggan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian A. 
  4. Syarikat berhak untuk mendedahkan data peribadi Pelanggan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan apabila Syarikat percaya bahawa pendedahan adalah diperlukan untuk melindungi hak-haknya dan/atau untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses-proses undang-undang yang disampaikan kepada Syarikat atau untuk melindungi Syarikat dan penggunanya daripada kerugian.
  5. Walaupun Pelanggan dibenarkan untuk melumpuhkan penggunaan kuki web, Syarikat tidak mengubah amalannya sebagai tindak balas kepada isyarat “Jangan Jejaki” atau mana-mana varian yang serupa dalam tajuk HTTP dari Laman Web.
  6. Akses kepada data sensitif contohnya keadaan kesihatan fizikal & mental, sejarah perubatan, diagnostik, alahan dan lain-lain adalah terhad kepada Pusat Perubatan Diagnostik LifeCare dan pihak ketiga yang berkaitan sahaja. Mana-mana pihak lain akan memerlukan persetujuan bertulis daripada Pelanggan.

Syarikat tidak akan meminta nama pengguna, kata laluan atau apa-apa maklumat peribadi Pelanggan dalam panggilan telefon, e-mel atau surat yang tidak diminta. Selanjutnya, sebarang hubungan dengan perkhidmatan Pelanggan Syarikat di mana data peribadi diberikan kepada wakil khidmat pelanggan akan digunakan hanya untuk tujuan memenuhi permintaan Pelanggan. Sebarang maklumat peribadi yang diberikan oleh Pelanggan tidak akan direkodkan atau digunakan untuk apa-apa sebab di luar permintaan yang dinyatakan.

  1. Syarikat boleh membenarkan pengguna mengakses Facebook atau media sosial lain melalui saluran komunikasi rasminya. Dalam keadaan sedemikian, Pelanggan membenarkan Syarikat untuk mengakses maklumatnya di Facebook atau media sosial lain.
  2. Syarikat mungkin akan mengandungi pautan ke pelbagai laman web lain. Setiap laman web ini mempunyai polisi privasi yang mungkin berbeza daripada Laman Web Syarikat. Jika Pelanggan ingin menerima tawaran istimewa terus dari kedai tersebut, Polisi ini mahupun polisi pilih keluar tidak akan terpakai kepada komunikasi tersebut. Sebaliknya, sila rujuk kepada polisi privasi dan polisi pilih keluar kedai yang berkaitan.
  1. Selaras dengan undang-undang yang berkenaan, kami mematuhi prosedur-prosedur yang munasabah untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan dan penyalahgunaan data peribadi Pelanggan.
  2. Syarikat menggunakan sistem dan prosedur perniagaan yang sesuai untuk melindungi data Pelanggan yang dikumpul. Hanya kakitangan yang diberi kuasa dibenarkan untuk mengakses data Pelanggan dalam urusan kerja mereka.
  3. Pelanggan akan sentiasa mempunyai hak untuk menyemak data peribadi mereka yang disimpan oleh Syarikat. Pelanggan boleh meminta gambaran keseluruhan data peribadinya dengan menulis dan menyampaikan permintaan secara serahan tangan kepada Syarikat.
  4. Jika data peribadi yang dimiliki oleh Syarikat berkenaan dengan anda adalah tidak betul, Syarikat akan mengemas kini data atas permintaan Pelanggan. Pelanggan boleh meminta Syarikat untuk mengeluarkan data peribadinya dari pangkalan data Syarikat dengan menulis dan menyampaikan permintaan secara serahan tangan kepada Syarikat. Walau bagaimanapun, jika Pelanggan memilih untuk mengeluarkan data peribadinya, Syarikat mungkin tidak dapat memberikan Pelanggan akses ke Laman Web.
  5. Syarikat mungkin perlu menyimpan maklumat tertentu mengikut undang-undang yang terpakai untuk tujuan-tujuan undang-undang dan/atau pentadbiran, seperti penyimpanan rekod atau untuk mengesan aktiviti-aktiviti penipuan.
  6. Syarikat ini terletak di negara Malaysia. Walaupun demikian, Syarikat boleh memindahkan dan menyimpan maklumat peribadi Pelanggan merentasi sempadan antarabangsa (termasuk di luar rantau Asia atau Kawasan Ekonomi Eropah) seperti yang dikehendaki oleh kontraknya dengan Pelanggan atau pihak ketiga, apabila berkenaan. Pemindahan-pemindahan data mungkin berlaku antara Syarikat termasuk ahli-ahli gabungannya, rakan perniagaan dan lain-lain.
  7. Syarikat akan menyimpan maklumat peribadi Pelanggan selagi perlu untuk memenuhi tujuan pemprosesan, termasuk keperluan Syarikat untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kewajipan kawal selia (contohnya, audit, perakaunan dan terma-terma pengekalan berkanun), mengendalikan pertikaian, dan untuk penubuhan, pelaksanaan atau pertahanan tuntutan undang-undang di negara-negara di mana Syarikat mempunyai aktiviti perniagaan.

Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dalam apa jua bentuk, termasuk tanpa had secara langsung, tidak langsung, sampingan, punitif, dan berbangkit, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Polisi, Laman Web dan/atau Perkhidmatan.

Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat mempunyai hak untuk mendedahkan data peribadi Pelanggan kepada mana-mana undang-undang, peraturan, kerajaan, cukai, penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa lain atau pemilik hak yang berkaitan, jika Syarikat mempunyai alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pendedahan data peribadi Pelanggan adalah diperlukan untuk tujuan memenuhi apa-apa kewajipan, keperluan atau pengaturan, sama ada secara sukarela atau mandatori, akibat bekerjasama dengan perintah, penyiasatan dan/atau permintaan apa-apa sifat oleh pihak-pihak tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, Pelanggan bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan dan/atau mengetepikan hak Pelanggan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Syarikat untuk pendedahan tersebut.

Melainkan kebenaran bertulis terlebih dahulu diberikan, Pelanggan secara tidak boleh ditarik balik mengakujanji kepada Syarikat bahawa, pada setiap masa, Pelanggan tidak boleh:-

  1. menyalin, mendedahkan, menghasilkan semula, menjual, menerbitkan, mengedar, memaparkan, menghantar semula apa-apa laporan, pelan rawatan, maklumat, perundingan yang dihasilkan atau disediakan oleh Syarikat kepada Pelanggan (“Maklumat Sulit”);
  2. tender atau mengemukakan sebarang Maklumat Sulit di Mahkamah undang-undang atau digunakan sebagai bukti undang-undang dalam mana-mana undang-undang mahkamah atau prosiding-prosiding undang-undang;
  3. menghasilkan semula, membuat pendua, menyalin atau mengeksploitasi Maklumat Sulit untuk tujuan komersial atau sebaliknya.
  4. Untuk sebarang maklumat dianggap sebagai Maklumat Sulit, ia bukan satu keperluan bahawa maklumat tersebut mesti ditandakan sebagai “sulit”, “rahsia” atau dengan legenda yang serupa.
  1. Polisi ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia, tanpa mengambil kira pilihan atau konflik peruntukan undang-undang mana-mana bidang kuasa, dan apa-apa pertikaian, tindakan, tuntutan atau punca tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Polisi ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia yang mana Pelanggan dengan ini bersetuju untuk diserahkan.
  2. Tiada usaha sama, perkongsian, pekerjaan, atau hubungan agensi wujud antara Pelanggan, Syarikat atau mana-mana pembekal pihak ketiga akibat Polisi ini. Jika mana-mana peruntukan Polisi dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut hendaklah dibatalkan dan peruntukan yang selebihnya akan dikuatkuasakan sepenuhnya di bawah undang-undang tersebut. Ini hendaklah, tanpa batasan, juga terpakai kepada undang-undang dan bidang kuasa seperti yang ditetapkan di atas. Kegagalan Syarikat untuk menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Polisi tidak akan menjadi penepian hak atau peruntukan tersebut melainkan diakui dan dipersetujui oleh Syarikat secara bertulis. Polisi ini terdiri daripada keseluruhan perjanjian antara Pelanggan dan Syarikat dan menggantikan semua rundingan atau perbincangan terdahulu atau semasa, antara pihak-pihak berkenaan perkara yang terkandung di sini sama ada secara bertulis atau lisan.
  3. Apa-apa pertikaian, kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Polisi ini, atau pelanggaran, penamatan atau ketidaksahannya akan diselesaikan melalui timbang tara di Asian International Arbitration Centre (“AIAC”) selaras dengan peraturan-peraturan AIAC, peraturannya yang dianggap digunapakaikan melalui rujukan dalam Klausa ini. Bahasa yang akan digunakan dalam prosiding timbang tara adalah Bahasa Inggeris dan kerusi timbang tara itu adalah di Kuala Lumpur, Malaysia.
  4. Dengan menggunakan Laman Web Syarikat, Pelanggan:-
    • secara tidak boleh ditarik balik bersetuju dan menganggap bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju dengan Polisi Privasi;
    • semua maklumat dan perwakilan yang diberikan adalah benar dan betul sepanjang pengetahuan anda, dan anda tidak dengan sengaja meninggalkan apa-apa maklumat yang relevan yang mungkin mempunyai kesan buruk; dan
    • diandaikan (melainkan jika disangkal sebaliknya oleh Pelanggan secara bertulis atau melalui tindakan) bahawa Pelanggan telah mencapai umur majoriti dan sesuai untuk memberikan persetujuannya kepada Polisi tersebut.
  5. Jika Pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai notis ini, atau ingin melaksanakan hak-hak mereka sebagai subjek-subjek data, sila hubungi kami di info@lifecare.com.my.

Thank you for visiting LifeCare website.

Click here to proceed.